Header Ads

4 Sumber Utama Vitamin C


Vitamin C sangat penting dalam merawat dan membaiki kerosakan pada kulit seperti jerawat, parut dan juga amat penting untuk kesihatan seharian. Harini kami nak kongsikan sedikit info tentang Vitamin C. Sebelum tu, kenali dulu apa itu Vitamin C.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Asid (ascorbates), Ascorbate free radical dan Dehyroascorbate.
Ketiga-tiga bentuk ini bertanggung jawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia, pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (anti-oksidan).

Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia.  Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan.

Vitamin C juga adalah Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh manusia. Vitamin C automatik akan hilang atau disingkirkan dari badan anda apabila anda merokok, stress, demam, tidak cukup tidur, marah, muntah, mengandung dan sebagainya. Betapa begitu mudahnya Vitamin C ini disingkirkan hilang dari tubuh kita.


Apakah Fungsi Sebenar Vitamin C ini?

Vitamin C adalah sangat diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian badan kita. Vitamin C juga membantu badan membuat kolagen, protein penting yang digunakan untuk membuat kulit, rawan, tendon, ligamen, dan saluran darah. Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, dan untuk membaiki dan mengekalkan tulang dan gigi.

Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.


Antara fungsi Vitamin C yang lain adalah:-
  • Mencegah scurvy
  • Membantu sistem pertukaran hydrogen-ion
  • Anti-oksidant yg kuat
  • Melindungi anti-oksidant yg lain (vitamin E/A dan Essential Fatty Acids)
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Menukar folic asid kepada folinic acid
  • Anti cancer
  • Membentuk tyrosine (hormone tyroid)
  • Penjanaan proline & tryptophan bagi pembentukan kolagen.
  • Menyegerakan penyembuhan luka
  • Metabolism bagi cholesterol
Vitamin C juga merupakan penyokong utama kepada Vitamin-vitamin lain seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin E dan sebagainya. Pengambilan Vitamin-vitamin jenis ini tanpa adanya Vitamin C adalah tidak berhasil atau tidak berkesan sama sekali. Betapa pentingnya Vitamin C ini.


Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C Dalam Tubuh?

Vitamin C sangat penting bagi tubuh manusia dan jika kekurangan vitamin C maka sangat banyaklah akibatnya. Sebab nutrisi yang paling penting di dalam tubuh manusia salah satunya adalah vitamin C. Berikut merupakan kesan kekurangan Vitamin C dalam badan:-
  • Berkurangnya tenaga secara kronik, kemurungan dan badan lemah.
  • Anemia (dari anemia sederhana sehinggalah anemia yang kritikal).
  • Haemorrhages (salur darah bocor) ke otot tangan dan kaki, sendi-sendi dan kerosakan kuku (nail-beds).
  • Penyakit kulit - Kulit menjadi lebam kebiruan.
  • Gigi mudah tercabut dan berlaku pendarahan pada gusi
  • Masalah penghadaman
  • Sukar mengawal stress
  • Selalu selsema, letih dan demam

Jenis –jenis Vitamin C

Vitamin C boleh diperolehi dengan 4 Sumber utama iaitu:-

1. Sumber Makanan Semulajadi




Dari segi makanan semulajadi, Vitamin C boleh diperolehi dari sumber-sumber yang berikut:-
  1. Buah-buahan :  Limau, oren, lemon, jambu batu, nanas, kiwi, strawberry, cherry, tembikai.
  2. Sayur-sayuran :  kobis, bunga kobis, celery, parsley, asparagus, tomato, bayam.
  3. Bunga :  Rose

2. Sumber Oral Supplement ( Pill/Tablet)

Sumber Oral Supplement adalah daripada sumber makanan Vitamin yang telah diproses dalam bentuk pil, serbuk atau cecair yang perlu ditelah atau diminum.

Namun bukan semua orang sesuai dengan vitamin C yang dijual di kaunter.  Berhati-hatilah dalam memilih Vitamin C. Keberkesanan Vitamin C ini terpulang pada sistem pertahanan tubuh, aktiviti harian, pemakanan dan sebagainya.

Berikut merupakan Dos Vitamin C yang dicadangkan dalam pengambilan Oral Supplement ini. Vitamin C dari jenis ini adalah diperoleh dari sumber suntikan pada tubuh melalui salur darah atau urat kita.


3. Sumber Intravenous Supplement (Suntikan)

Keperluan Vitamin C dalam bentuk ini penting bagi:-
  • Anti-viral therapy
  • Penyakit akut atau kronik
  • Orang-orang yang sudah tua dan penyerapan vitamin C melalui oral tidak berkesan.
  • Pesakit yg menghadapi inflamasi
  • Dos yang diberikan adalah 15-30g tertakluk kepada masalah kesihatan.
Vitamin C dari sumber ini adalah jauh lebih baik dari Sumber Oral Supplement. Pengambilan 12 kali Vitamin C Oral tidak mampu menandingi dengan sekali pengambilan Intravenous Supplement ini. 






Kaedah ini adalah didigunakan bagi mereka yang mempunyai masalah dalam pengambilan Sumber Oral Supplement seperti yang berikut:-
  1. Masalah Pengambilan – Tidak mengambil secukupnya dari makanan kerana kurang selera, sakit mulut, kurang makanan atau kecelaruan peribadi.
  2. Masalah Penyerapan - Masalah di dalam perut - stomach acid, intestinal dysbiosis (masalah probiotik akibat ubatan, antibiotik dll), alergi.
  3. Masalah Penyimpanan – Akibat trauma, infeksi penyakit, surgeri, stress, mengandung, menyusukan anak atau penggunaan hormon perancang keluarga.
  4. Lebihan Pembuangan - Diuretik, dadah, fibroid atau menorraghia (Darah haid yg banyak).

3. Sumber Sapuan Krim/Serum



Vitamin C jenis ini adalah diperolehi dengan kaedah sapuan pada kulit. Biasanya Vitamin C jenis ini boleh didapati  dalam produk penjagaan kulit. Ianya Meliputi bahagian atas kulit (epidermis) dan penyerapan terhadap  bahagian kulit yang hidup (dermis) tertakluk kepada teknologi kosmetik.

Bagi tujuan kecantikan kulit,  adakalanya lebih baik dari Vitamin C Oral Supplement kerana terus kepada sasaran untuk membantu meningkatkan kolagen. Vitamin C jenis ini boleh bertahan selama 3 hari di dalam dermis.

Sumber


Berminat untuk dapatkan produk Vitamin C Suntikan dan tablet pada harga yang berpatutan? Jom pm kami di 018-9122 365...

p/s : Pm ya, nnti nk bagi Free postage dan Free gift.... :)
________________________________________________________________________________________________________________________________________
Untuk Pembelian Secara Online Sila ke
For Online Purchase Please Visit
 ©️ Beauty World Inspiration
Whatsapp/sms : 018-9122 365
E-mail : Bwiofficialmy@gmail.com

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments

Powered by Blogger.